Badrul @ Chegu Bard jumpa Anwar ?

0

Baru-baru ini, Badrul atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard telah bertemu dengan bekas ‘sifu’nya, Anwar Ibrahim selepas jemputan untuk pertemuan itu telah beberapa kali tidak diendahkannya.

Oleh kerana dah terlalu masak dengan ‘kerenah’ Anwar, pertemuan tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang saksi.

Dalam pertemuan lebih kurang satu jam tersebut, mengikut apa yang disampaikan oleh Cekgu Bard, macam biasa, Anwar Ibrahim tetaplah Anwar Ibrahim…cakap berbelit dan sentiasa bertukar-tukar fakta dalam tempoh yang singkat, itu biasa.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar begitu bersungguh-sungguh meyakinkan bahawa Sultan Johor telah menghubunginya dan meminta untuk meneruskan usaha mengambil alih kerajaan dengan syarat tanpa Mahathir. Anwar juga menyebut beberapa raja-raja Melayu juga turut menyokong beliau sebagai PM. Tak cukup dengan itu, beliau turut mengatakan bahawa telah pun menerima sokongan dari 112 dan tidak akan membuat sebarang gerakan sehingga ada 120 sokongan. Salah seorang saksi yang turut hadir bersama mengatakan adalah mustahil untuk dapatkan angka 120 itu kerana Mahathir sendiri dah ada 5. Anwar sebut Mahathir tua tak mampu kawal game. Malah katanya “Pak Wan”, Maszlee dan Sharuddin sudah menghubungi dia dan nyatakan tak sokong Mahathir tetapi sokong Anwar. Malah Anwar menyebut beberapa pegawai kanan kerajaan yang sering bertemu dia antaranya “Mad Azam Baki” (saya kira dia merujuk Ketua Pesuruhjaya SPRM).

Pertemuan yang jelas intipatinya cuba memujuk Chegu Bard, jelas tidak menjadi bagi Anwar. Sebaliknya berakhir dengan isu spin – menspin sehari selepas pertemuan berlaku apabila tersebarnya gambar dan video rakaman dari jauh yang dengan sengaja memanipulasi pertemuan tersebut dengan tagline jahat oleh para golongan macai Anwar (macai = Mempercayai Apa saja Cakap Anwar Ibrahim) kononnya Chegu Bard jumpa Anwar untuk insuran.

Dimana akhirnya Chegu Bard telah meluahkan tentang isikandungan pertemuan tersebut di laman facebook beliau. Maka disini memang jelas terlihat betapa Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik penipu, pembelit dan tidak “gentleman” sepertimana yang dikatakan oleh Chegu Bard.- Nthqibord, 12 June 2020

Rujukan : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=264242731451058&id=100035959996986

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.