PKR makin goyah, Timbalan Ketua Wanita umum keluar parti

0

Hari ini satu lagi episod keluar parti dalam PKR dapat disaksikan.  Pada petang ini tadi, Timbalan Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat, Dr. Daroyah Alwi yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai orang nombor dua dalam sayap wanita parti itu serta sekaligus mengumumkan keluar dari parti tersebut.

“Keputusan ini dibuat kerana saya hilang keyakinan terhadap presiden dan parti yang alpa dengan perjuangan dan hala tuju,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di Shah Alam, petang ini.

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR Selangor, berkata Presiden parti dan barisan kepimpinan parti itu juga gagal menyelesaikan kemelut dalaman dengan membiarkan perpecahan terus berlaku dari masa ke semasa.

Keputusan yang dibuat oleh beliau pada petang ini tidak dibuat berseorangan, malahan turut disertai bersama 13 pemimpin akar umbi wanita PKR Selangor serta barisan pimpinan cabang Kapar yang dilihat turut mengambil pendirian sama dengannya.-Nthqibord, 13 Jun 2020

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.