Azwanddin jadi kambing hitam tutup isu rasuah terowong LGE dan 6.1 billion..

0

Seperti yang semua rakyat sedia maklum sebelum ini, satu demi satu ‘kemungkaran’ yang dilakukan oleh DAP dibongkar dan dirungkai. Baik dari isu rasuah ‘terowong ajaib’ Lim Guan Eng maupun isu meluluskan project ‘direct nego’ yang jumlahnya mencecah sehingga RM6.1 billion.

Namun nampaknya strategi ‘divert attention’ DAP terhadap isu-isu yang melibatkan nama parti DAP juga tidak kurang rancak dijalankan. Pelbagai isu ditimbulkan bagi mengaburi ataupun menutup isu salahlaku yang melibatkan parti DAP. Samada kita sedar atau tidar, isu melaga-lagakan sesama parti-parti Melayu terus ditiupkan. Diikuti pula dengan tragedi ‘drama tangisan’ Lim Guan Eng dan isterinya dalam satu sesi sidang media beberapa hari yang lalu. Kemudian diikuti pula dengan isu Menteri MITI yang tidak mematuhi SOP bila balik dari Turki. Siapa yang mula keluarkan isu itu? Dan terus-menerus diperbesar-besarkan oleh pihak sebelah sana.

Tak cukup dengan itu, bila isu rasuah terowong Lim Guan Eng agak reda panasnya, timbul pula isu project ‘direct nego’ RM6.1 billion. Kali ini sasaran yang seterusnya perlu dicari bagi mengaburi dan mengalih perhatian rakyat Malaysia dan sudah pasti supaya kisah RM6.1 billion ini ditutup. Untuk itu, Dato Azwanddin Hamzah, bekas Presiden Jaringan Melayu Malaysia dijadikan kambing hitam bagi episod ini. Serangan demi serangan diberikan kepada Dato Azwanddin. Tak cukup dengan notis kebankrapan yang telah diiklankan, waran tangkap pula dikeluarkan atas dakwaan menghina mahkamah kerana tidak hadir untuk prosiding komital yang telah ditetapkan tarikhnya pada 28 Ogos 2020. Namun tindakan itu dilihat tidak adil kerana mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Azwanddin pada 29 Ogos 2020, beliau langsung tidak ada menerima sebarang notis untuk hadir ke mahkamah.

Adakah ini taktik terdesak bekas menteri DAP untuk mengalihkan isu yang dihadapi oleh Lim Guan Eng berhubung skandal tender terbuka ketika beliau menjadi Menteri Kewangan?

Atau adakah ini juga langkah terdesak Bangsa DAP untuk mendapatkan wang bagi menampung kos guaman Guan Eng kerana didakwa terlibat dalam kes rasuah projek terowong di Pulau Pinang?-30 Ogos 2020

AZLAN JOHAR
Pemangku Presiden
Jaringan Melayu Malaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.