Jasanusa Sokong Tabung Keprihatinan Datuk Azwanddin Hamzah

0

KENYATAAN MEDIA

Jalinan Sahabat Nusantara (Jasanusa) iaitu sebuah badan bukan kerajaan, menyokong pelancaran Tabung Keprihatinan Datuk Azwanddin Hamzah.

Ini bagi membantu meringankan beban beliau yang terpaksa membayar saman oleh beberapa pemimpin DAP, yang berjumlah ratusan ribu ringgit.

Salah seorang daripada pemimpin DAP yang berjaya dalam kes saman terhadap Datuk Azwanddin adalah bekas menteri Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dengan saman berjumlah RM130,000.

Jasanusa simpati terhadap Datuk Azwanddin yang selama ini lantang mempertahankan kepentingan Islam, Melayu dan perlembagaan negara.

Keberanian beliau membidas kerakusan parti politik yang bersifat pelampau kaum telah menerima serangan balas dan tekanan termasuk melalui tindakan undang-undang.

Sebagai tanda menghargai pengorbanan Dato Azwanddin, maka Jasanusa merayu rakyat Malaysia bersama-sama membela beliau.

Janganlah membiarkan Datuk Azwanddin bersendirian menghadapi serangan dan asakan ini sedangkan jasa beliau begitu murni dan besar dalam mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan perlembagaan.

Selain Teresa, Datuk Azwanddin juga telah dijatuhi perintah mahkamah membayar saman kepada beberapa lagi pemimpin DAP. Ternyata Datuk Azwanddin menjadi sasaran utama DAP bagi menutup mulut beliau di sebalik laungan demokrasi dan kebebasan bersuara parti itu.

Ekoran kes saman Teresa Kok, pihak peguam bela pemimpin DAP itu telah berjaya menyakinkan mahkamah agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Datuk Azwanddin selepas beliau tidak hadir prosiding pendengaran permohonan komital yang difailkan Teresa Kok, semalam (28 Ogos 2020).

Dalam penjelasannya selepas itu, Datuk Azwanddin memberitahu beliau terkejut apabila berita perintah mahkamah itu tersebar kerana tidak tahu dan tidak dimaklumkan mengenai prosiding tersebut.

Apa pun, Jasanusa berpendapat Datuk Azwanddin yang merupakan salah seorang ikon pejuang bangsa dan agama kini perlukan bantuan dan pembelaan.

Jika ramai orang Cina boleh bersatu menyokong kutipan tabung untuk Lim Guan Eng yang didakwa rasuah di mahkamah, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu boleh berdiri teguh membantu Datuk Azwanddin.

Kegagalan untuk membantu beliau akan menjadi tragedi sedih dan sejarah hitam kepada bangsa Melayu itu sendiri.

Ia juga akan memberi mesej yang salah terutama kepada generasi muda dalam meniti perjuangan untuk membela agama, bangsa, Raja-Raja, perlembagaan negara dan menentang politik ekstremisme.

Atas hakikat itu, Jasanusa mengalu-alukan pelancaran tabung berkenaan oleh dua tokoh Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia ( KPPUM) iaitu Saudara Husam Datuk Badaruddin dan Saudara Zamil Ibrahim.
Tahniah kepada KKPUM kerana prihatin kepada Datuk Azwanddin.

Inilah simbol solidariti dan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.
Diharap tabung berkenaan bukan sahaja dapat membantu Datuk Azwanddin malah akan menjadi kesedaran baharu dalam menolak parti politik yang rasis dan membuli serta menekan suara-suara pejuang Melayu.

Semoga Allah SWT merahmati usaha pelancaran tabung tersebut. Ayuh rakyat Malaysia,mari kita menderma seikhlas hati atas nama keprihatinan buat seorang pejuang bangsa. – 29 Ogos 2020

Presiden Jasanusa
Samsudin Awang

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.