
Dalam kenyataan media beliau hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut:
(1) Beliau telah “mempersembahkan dokumen sahih mengenai majoriti kukuh MP yang menyokong beliau kepada Yang di-Pertuan Agong”.
(2) Beliau telah “mempersembahkan satu senarai (a list) MP yang menyokong beliau kepada Yang di-Pertuan Agong”.
Sangat malangnya, hari ini juga Istana Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, memaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pun mempersembahkan “senarai” (list) MP yang menyokong beliau sekali gus menjadikan tiada “dokumen sahih” yang dipersembahkan.
Bukankah ini adalah satu pembohongan besar dan apa agaknya hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang yang membohongi rakyat jelata malah membohongi Yang di-Pertuan Agong juga?- 13/10/2020
Dr Kamarul Yusof