Isu Air Selangor – MB Mesti Bertanggungjawab dan Letak Jawatan

0

Melalui satu kenyataan media yang dibuat hari ini,  Gerak98 amat kesal dan memandang serius masalah air di Selangor yang amat kerap dan berulang-kali berlaku.

Ianya amat membebankan rakyat dan merugikan industri di Selangor dalam jumlah kerugian yang bukan sedikit.

Selangor adalah sebuah kerajaan yang ditadbir oleh parti dan koalisi yang berasaskan kepada semangat dan prinsip Reformasi.

Ciri utama reformasi,islah dan perubahan adalah ketelusan dan tatakelola baik dalam pentadbiran.Ianya juga berpaksikan kepada prinsip kuasa dan pangkat bukan kemegahan(tashrif), tetapi adalah amanah dan tanggungjawab.(taklif).

Makanya ketua bagi pentadbiran ini semestinya menggambil tangungjawab terhadap kesusahan yang melanda rakyat negeri Selangor berulang-ulang kali ini.

Keputusan ini penting dalam mempamerkan bahawa sebuah kerajaan yang berasaskan kepada semangat reformasi berani dan mampu mengambil tanggungjawab berbanding kerajaan yang tidak berasaskan kepada reformasi yang tidak pernah sekalipun dinegara ini mengambil tanggungjawab diatas kesengsaraan yang menimpa rakyat yang berpunca dari kecuaian pentadbiran yang boleh dielakkan, kecurian dsbnya.

Malaysia memerlukan satu anjakan dan sikap baru pemimpin yang berani memikul tanggungjawab sepertimana dipamerkan oleh pemimpin2 negara maju yang lain.

Lebih2 lagi dalam suasana pemimpin politik di dalam negara hari ini kebanyakkannya mempamerkan sikap hodoh, lari dari hukuman, berkejar pangkat dengan jalan menipu, rakus menaikkan pendapatan dlm kesusahan rakyat.

Justeru, pentadbiran Selangor yang berasaskan reformasi mesti berani mempamerkan sikap terpuji dan berbeza dengan pemimpin2 politik lain yang sudah hilang asas moral dengan memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Mohamad Ezam Mohd Nor
Ketua Gerak98

11 Nov 2020, 25 Rabiulawal 1442H.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.