Publik Institut Jelajah 20 Makam Wali

0

True Color Painting Solutions Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Sissons telah menandatangani satu perjanjian usahasama dengan Publik Institut bagi menjayakan satu program kemasyarakatan yang diberi nama Program Sukarelawan M.

Program ini akan memperlihatkan penglibatan anak-anak muda dan masyarakat untuk mendekati golongan masjid dan madrasah.

Fasa 1 program akan bermula pada Disember 2020 di negeri Kelantan. Sasaran utama lokasi program ini adalah makam para wali-wali Tanah Melayu yang akan dibaikpulih serta diperindahkan untuk memberikan tarikan baru kepada golongan anak muda serta umat Islam dalam negara.

Siri jelajah ini akan turut melibatkan 25 pertubuhan, mahasiswa dan pemimpin masyarakat setempat.

Manakala tujuan program ini selain daripada memperkenalkan cat Sissons yang bakal mendapatkan pensijilan halalnya, motif utama Publik Institut adalah untuk mendekatkan golongan anak muda yang semakin jauh dari mengenali dan mengetahui tentang sejarah para wali-wali Tanah Melayu di samping memperingati bakti serta usaha para wali kepada negara dan umat Islam.

Majlis perjanjian kerjasama pada 12 Nov 2020 yang dihadiri oleh K.L. Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Sissons dan Dato’ Azwanddin Hamzah, Pengerusi Publik Institut turut dihadiri oleh Tuan Ishtiaq Khan yang sama-sama membantu menjayakan lagi program Sukarelawan M ini.-nthqibord-13 November 2020 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.