Bajet 2021 Diluluskan Dewan Rakyat

0

Syukur ke hadrat Allah dan terima kasih kepada Ahli Parlimen yang meletakkan kepentingan rakyat di depan. Terima kasih juga kepada semua NGO di dalam Suara DAMAI yang berani menyampaikan suara rakyat.

Bajet 2021 telah pada dasarnya diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Kepada yang menolak, anda mempunyai banyak soalan dari rakyat. Anda meletakkan kepentingan politik anda melebihi kepentingan rakyat walaupun dalam keadaan genting seperti ini.

Tanggungjawab kini kepada kerajaan untuk memacu negara kearah yang baik, untuk memulihkan kembali negara dari kemelut pandemik covid-19 dan kelesuan ekonomi. Kerajaan telah mendapat mandat yang jelas.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan nanti kekal meletakkan kepentingan rakyat di tempat terhadapan.

Pengerusi Delegasi Anak Muda Ambil Inisiatif (Suara DAMAI)
Mohd Redzuan Mohamed Yusof

 

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.