Demi Agama, Bangsa dan Negara…Calon Presiden Jaringan Melayu Malaysia

1

Seperti semua ahli sedia maklum, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang diasaskan oleh Dato Azwanddin Bin Hamzah yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bermatlamat membina jaringan bangsa melayu bagi memartabatkan bangsa melayu sebagai bangsa yang jujur dan amanah selari dengan moto JMM itu sendiri iaitu, Jujur, Amanah Satu Perjuangan.

JMM juga mempertahankan hak-hak keistimewaan bangsa melayu seperti termaktub dalam perlembagaan Malaysia serta memperjuangkan untuk mengenepikan sebarang pengaruh asing yang mempunyai agenda untuk memecah-belahkan perpaduan dan keharmonian negara yang kita cintai.

Semenjak berita pengumuman perletakkan jawatan yang di buat oleh Dato Azwanddin Hamzah selaku Presiden dan Pengasas JMM pada bulan Ogos 2020 yang lalu, ahli-ahli memerlukan seseorang yang berkaliber untuk terus mengemudi kapal yang telah dilepaskan oleh Dato Azwanddin. Secara jujurnya saya sebagai ahli dalam JMM ini menzahirkan perasaan yang cukup berbangga dengan pencapaian-pencapaian yang telah diperoleh oleh Pertubuhan ini sepanjang saya berada di dalam pertubuhan ini.

Untuk membolehkan pertubuhan ini terus relevan di mata masyarakat terutama ahli-ahli JMM, kepimpinan yang bijak dan dinamik merupakan prasyarat utama. Ahli JMM yang menerajui kepimpinan pertubuhan ini merupakan tunjang utama bagi pemangkin perubahan yang berperanan besar dalam arus perubahan. Harapan saya, kita harus menjadi matang dalam apa jua keputusan yang dilakukan dan mengharapkan kita semua terus berpegang pada perjuangan yang kita terapkan.

Saya, Muhammad Rabani Bin Md Yusof, bernombor keahlian 11613/16/PWA akan menawarkan diri untuk jawatan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bagi tahun 2020/2022 dengan harapan satu perubahan yang besar dalam kepimpinan sedia ada dengan menjadi lebih baik dari sebelum ini. Dan sudah pastinya mantan Presiden akan terus saya angkat sebagai Ketua Majlis Penasihat bagi memastikan JMM itu sendiri akan terus relevan dan berada di landasan yang betul.-nthqibord 30 November 2020

MUHAMMAD RABANI B. MD YUSOF

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. Sepatutnya bukan tuan tawarkan diri untuk jadi presiden,sepatutnya biarlah ahli dari bawah yg angkat tuan sebagai presiden baru btul

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.