Pertembungan 1 Lawan 1 Rebut Jawatan Presiden JMM

0

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Sesi 2020/2022 pada 13hb Disember 2020 (Ahad) di Dewan Seri Bendahara
Kolej Pendeta Zaaba 43400, Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.

AGM ini juga akan menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara Muhammad Rabani Md Yusof, Timbalan Ketua Perwira JMM (sayap Pemuda JMM) dengan Hamdan Mohd Salleh, bekas Setiausaha JMM bagi mengisi kekosongan jawatan Presiden Jaringan Melayu Malaysia yang telah dilepaskan oleh Dato’ Azwanddin Hamzah selaku Pengasas Pertubuhan ini.

Seiring dengan hasrat mantan Presiden JMM, selaku Timbalan Presiden saya juga tidak akan mempertahankan jawatan ini kerana ingin memberikan ruang seluas-luasnya kepada kumpulan anak-anak muda yang berpotensi dan berwibawa untuk menjadi pemimpin kepada Pertubuhan ini.

Sebagai barisan pemimpin yang menjadi pengasas kepada tertubuhnya JMM ini, saya amat berharap agar barisan pemimpin akan datang yang bakal menerajui JMM akan terus membawa suara rakyat dan isu-isu bagi menjaga hak-hak keistimewaan bangsa Melayu seperti yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia, mengenepikan sebarang agenda yang bertujuan untuk memecahbelahkan keharmonian dan perpaduan negara serta menegakkan intergriti dengan Jujur dan Amanah.

JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN.

OMAR BIN SALEH
Timbalan Presiden
Jaringan Melayu Malaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.