“Hukuman Yang Lebih Berat Terhadap Pesalah Rasuah di Malaysia”..MCW

0

Masalah rasuah di negara ini adalah serius. Ianya sering mendapat perhatian kerana ahkbar kerap kali melaporkannya di media dan rakyat juga ingin melihat kerajaan dan penguatkuasa mengambil tindakan keatas perasuah.

Keseriusan dan kemahuan kerajaan membasmi rasuah terpapar apabila pihak SPRM melalui pelbagai operasi penguatkuasaan telah berjaya membuahkan hasil apabila banyak tangkapan rasuah dibuat.

Apakah data atau statistik tangkapan daripada SPRM yang semakin meningkat ini menggambarkan masalah rasuah dalam negara bertambah serius? Ya, dari segi persepsi, kita akan nampak ianya bertambah serius. Namun dari segi realitinya, ianya membutikan keazaman agensi penguatkuasaan kita iaitu SPRM berusaha bersungguh sungguh dalam memerangi rasuah di Malaysia.

๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ฉ๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง ๐ซ๐ž๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง.

Prinsip membanteras rasuah adalah sangat mudah, โ€˜tiada pemberi maka tiadalah penerimaโ€™. Pembanterasan jenayah rasuah perlu diperhebatkan. Kekang segera segala faktor yang mendorong jenayah itu. Hakikatnya, pelbagai jenayah berlaku kerana ada sindiket yang sanggup mengeluarkan โ€˜secebisโ€™ hasil kegiatan haram mereka untuk disumbatkan ke dalam mulut anggota agensi penguat kuasa yang korup.

.
Setakat ini, Undang-undang di Malaysia hanya mengenakan hukuman denda (5 kali ganda berbanding nilai suapan) dan penjara kepada pesalah rasuah. Akta khas yang memperuntukkan undang-undang ini ialah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Akta ini hanya memperuntukkan penalti am bagi kesalahan berkaitan rasuah ialah penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Peruntukan hukuman sedia ada tidak cukup berat, malah penalti dikenakan juga kurang memberi kesan terhadap pesalah rasuah. Selepas 52 tahun SPRM / BPR ditubuhkan, kita harus belajar daripada pengalaman dan perlu ada kajian menyeluruh untuk menghasilkan undang-undang antirasuah lebih ampuh.

๐‡๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐›๐ž๐ซ๐š๐ญ ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง ๐ง๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง ๐š๐ง๐œ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ซ๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข.

Hukuman mati tidak boleh dilaksanakan berikutan kerajaan kita sedang berusaha untuk memansuhkan hukuman mati bagi kesalahan berat yang lain untuk mengikut pelbagai system perundangan lain di dunia dan selaras dengan kehendak hak asasi manusia di PBB.

Disebabkan hukuman mati itu mustahil dilaksanakan di negara ini, MCW berpendapat ia boleh digantikan dengan hukuman sebatan kepada mereka yang terbukti bersalah. Sekurang-kurangnya 10 sebatan mencukupi agar mereka tidak lagi melakukannya dan menjadi amaran kepada orang lain.

๐‡๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐ข๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ ๐ž๐ซ๐š.

Pesalah rasuah mesti dikenakan hukuman rotan mandatori dan penjara seumur hidup. Hukuman berat itu, yang dikenakan bagi kesalahan mengedar dadah, perlu dilaksanakan bagi membendung masalah rasuah di negara ini.
MCW meminta agar kajian dan perlaksanaan hukuman rotan mandatori dan penjara seumur hidup dilaksanakan segera agar para pesalah dihukum setimpal dengan kesalahan mereka itu.

Tahanan tanpa jaminan dan had ini perlu supaya tidak memberikan peluang kepada perasuah menghapuskan bahan bukti atau mempengaruhi saksi yang terlibat.

๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐š๐ฆ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐ก๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐š๐ญ ๐ฉ๐š๐๐š ๐ฉ๐ž๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ซ๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก ๐ฉ๐š๐๐š ๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐ค๐ข๐ง๐ขโ€ฆ

Mengikut undang-undang China, hukuman mati boleh dikenakan ke atas pesalah rasuah dalam kes melebihi 100,000 yuan (RM52,251) dan penangguhan hukuman mati biasanya diringankan menjadi penjara seumur hidup.

Akta Rasuah UK 2010 (UK Bribery Act 2010) dianggap sebagai salah satu undang-undang pencegahan rasuah yang paling ketat di dunia.

Akta ini meliputi tiga (3) kategori kesalahan:

1. Kesalahan korporat kerana gagal mencegah rasuah
โ€ข Kesalahan liabiliti ketat (strict liability offense) yang bermaksud bahawa ia hanya perlu membuktikan bahawa defendan adalah bersalah atas perbuatannya, tanpa mengira niat jenayah atau keadaan mental defendan semasa melakukan perbuatan tersebut.

2. Rasuah pegawai awam negara asing (Bribing of foreign public official)
โ€ข Sama seperti Akta Amalan Rasuah Negara Asing (Foreign Corrupt Practices Act), adalah satu kesalahan apabila merasuah seseorang pegawai awam negara asing untuk tujuan mendapatkan dan/atau mengekalkan kerja.

3. Kesalahan umum rasuah komersial (General commercial bribery offense)
โ€ข Akta Rasuah UK 2010 adalah lebih luas daripada FCPA Amerika Syarikat dan meliputi rasuah peringkat swasta dengan cara kesalahan rasuah komersial. Tidak seperti FCPA yang hanya meliputi rasuah pegawai awam, Akta Rasuah UK 2010 menetapkan bahawa adalah menjadi kesalahan jenayah apabila bayaran rasuah dibuat kepada orang yang bekerja di sektor swasta (rasuah komersial). Di samping itu, mana-mana orang yang melakukan sesuatu fungsi dan/atau tugas dengan tidak betul (inappropriately) dengan harapan untuk mendapatkan keuntungan dianggap telah melakukan kesalahan jenayah komersial.-24 Disember 2020

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.