Respon dan tindakan segera, elak keresahan masyarakat – Tan Sri Dzulkifli

0

Syarikat yang dikatakan terlibat dengan isu kartel import daging perlu memberikan respon segera untuk meredakan keresahan masyarakat.

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, jika tidak ia akan menaikkan kemarahan rakyat.

“Syarikat yang dikatakan terlibat perlulah segera menafikan penglibatan mereka sekiranya syarikat dan jenama daging yang dikatakan tersebut tidak benar untuk meredakan keresahan dan kemarahan masyarakat.

“Kerajaan pula tolonglah segera bertindak,” ujarnya dalam ciapan Twitternya hari ini.

Selain daripada itu, beliau juga berkata “Ini belum isu hanya syarikat tertentu sahaja diluar negara yang diberikan kelulusan untuk mengimport daging ke Malaysia.

Kerajaan perlu mengkaji semula perkara ini dan bertindak pantas dan tegas, juga bagaimana industri daging tempatan boleh dibantu dan dikembangkan hingga tak perlu import lagi.”

Sejak kebelakangan ini tular isu kartel daging import haram yang membimbangkan umat Islam di negara ini sehingga pelbagai desakan meminta kerajaan bertindak tegas berkenaan isu berkenaan.-27 Disember 2020, Nthqibord

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.