Kejatuhan index Malaysia (CPI 2020), salah siapa?

0

Pada hari ini, MCW memberikan respon balas media berkenaan index CPI 2020 Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri melihat Indeks Malaysia jatuh. Kita tidak boleh mengambil sikap ‘on denial mode’.  Rakyat turut bertanggungjawab keatas punca kejatuhan ini kerana kita masih berdiam diri.

Kerajaan mesti lakukan penambahbaikan segera bagi meneutralisasikan persepsi pelabur dan masyarakat dunia terutamanya hal berkaitan dana parti politik.

Ingatan – Kegagalan ini pasti akan memberi kesan yang lebih buruk pada masa hadapan.

Antara punca kejatuhan ini ialah kerana PENGKHIANATAN segelintir penjawat awam yang terus melakukan rasuah.

Anggota Pentadbiran yang bersih diminta untuk sentiasa tampil kehadapan melaporkan kes melibatkan rakan sejawat mereka.

Ketua Jabatan atau unit yang terpalit rasuah mesti juga diberi hukuman berat. Konsep Kepimpinan Melalui Teladan mesti diterapkan semula.

Usaha keras SPRM dalam membongkar dan menyiasat pelbagai kes rasuah perlu diteruskan dan disokong oleh semua lapisan masyarakat.  SPRM perlu dibebaskan daripada tekanan politik dan bertanggungjawab terus kepada Yang DiPertuan Agong melalui Parlimen.

Sistem Pencegahan Rasuah di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding negara maju yang lain.

Kita terlalu banyak bercakap tanpa buat TINDAKAN dan PELAKSANAAN yang perlu.

Segala sistem dan alatan yang mampu mencegah rasuah yang telah terbukti berkesan di barat dan selari dengan ajaran agama perlu diperkenalkan dan diksanakan segera tanpa alasan.

MCW yakin dan percaya bahawa PERSEPSI ini akan dapat dibaiki dan diubah dengan ILTIZAM yang tinggi dan tepat terutamanya dari pihak kerajaan serta kerjasama semua pemegang taruh.

Advokasi awam perlu dilipatgandakan oleh semua pemegang taruh khususnya NGOs untuk membanteras budaya rasuah di Malaysia.

Pemimpin keagamaan di Malaysia juga mesti memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan integriti di mantapkan dalam institusi masyarakat.

Semua anggota masyarakat dan Ahli MCW terutamanya diminta untuk memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan usaha membenteras rasuah di Malaysia mencapai kejayaan yang diinginkan.-28 Januari 2021, Nthqibord

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.