Apa sudah jadi orang Melayu, pemimpin PAS, UMNO, Bersatu dan Raja-Raja Melayu ?

0

Hampir disemua media memaparkan laporan keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 10 Mac 2021 berkenaan kebenaran penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Terdahulu pada prosiding itu, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan tiga pengisytiharan deklarasi oleh seorang wanita keturunan Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill.

Nor Bee dalam penghakimannya, membenarkan deklarasi dalam mengamalkan kebebasan beragama yang terlindung mengikut Perkara 3, 8, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.

Tidak cukup dengan kepuusan mahkamah, ditambah pula lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tesesa Kok melalui siaran media Suara Merdeka yang berbunyi “Doa kami dimakbulkan – Teresa Kok”.

Persoalannya, apakah tindakan pemimpin-pemimpin Melayu? Dimana  suara parti-parti politik seperti PAS, UMNO, Bersatu  yang majoriti pemimpinnya adalah  Melayu beragama Islam ?  Apakah tindakbalas dari Raja-Raja Melayu selaku ketua agama Islam didalam negara yang berpegang kepada agama Islam sebagai agama rasminya ?-10 Mac 2021, nthqibord

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.