Mahkamah benar guna kalimah Allah ?

0

Panas dan gempar pada tanggal 10 Mac 2021 ini satu keputusan telah diputuskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang di  hakimi oleh Hakim Nor Bee Ariffin bahawa penganut Kristian selruh negara dibenarkan untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama itu.

Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.

Keputusan kes itu semalam, mengambil masa selama 13 tahun dua bulan, sejak difailkan pada 2008.

Bagaimanapun penggunaan perkataan itu perlu disertakan dengan penafian hanya untuk orang Kristian dan lambang salib di muka hadapan kulit buku.

Pada 23 Jun 2015, Mahkamah mengarah CD mengandungi kalimah ALLAH diserah kepada wanita Jill.

Sebelum ini pada 11 Mei 2008, CD berjudul ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah’, ‘Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’, telah dirampas daripada Jill sebaik beliau tiba di lapangan terbang di Sepang.-10 Mac 2021,nthqibord

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.