34 Pegawai dan Penguatkuasa Bersekongkol dengan ‘Datuk Seri’

0

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, 34 pegawai dan anggota penguat kuasa didapati bersekongkol bersama ‘Geng Nicky’ yang dikaitkan dengan Pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow Soon Hee.

Beliau yang kesal dengan penglibatan anggota terbabit berkata, Task Force Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor akan membuat tangkapan dalam masa terdekat.

Hamid berkata, polis masih memburu Nicky yang dipercayai masih berada dalam negara ini.

Suspek yang berusia 33 tahun dipercayai terbabit dalam sindiket yang terlibat dengan banyak penipuan.  Katanya, lapan orang kenamaan iaitu dua berpangkat ‘Datuk Seri’ dan enam lagi berpangkat ‘Datuk’ ditahan dalam operasi tangkapan geng itu.-Nthqibord, 30 Mac 2021

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.