Kembalikan Kegemilangan Bahasa Melayu Ke Persada Dunia

0

Bahasa adalah khazanah bernilai tinggi yang perlu diperkasakan setiap individu tanpa mengira bangsa dan agama, selagi bergelar warga sesebuah negara.
Dalam konteks Malaysia, keyakinan anak bangsa sangat penting untuk melihat bahasa Melayu terus berada pada kedudukan sepatutnya. Bahasa Melayu bukan pula hak mutlak Melayu, tetapi milik masyarakat majmuk Malaysia.

Mengambil contoh daripada rakan di sebelah timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan kita dapati mereka tidak mengagungkan bahasa Inggeris, namun masih berjaya menguasai ekonomi dan perniagaan serta menghasilkan teknologi yang inovatif, kreatif dan saintifik melalui bahasa ibunda masing-masing. Masyarakat Jepun juga menggunakan 100 peratus bahasa Jepun dalam semua bidang, termasuk sistem pendidikan mereka.

zaman silam membuktikan bahasa Melayu mencapai tahap kesempurnaan yang amat tinggi dan digunakan dalam pelbagai domain kehidupan sama ada dalam aspek kehidupan bermasyarakat, pentadbiran negara, mahupun urusan ekonomi dan perniagaan.
Hanya mereka yang jahil sejarah silam menidakkan keupayaan bahasa Melayu. Dari segi sejarah, bahasa Melayu terbukti berjaya sebagai lingua franca sejak zaman-berzaman.

Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran, bahasa ekonomi dan perniagaan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah Kerajaan Sriwijaya.

Pada zaman kesultanan Melayu Melaka dari abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi.

Menyorot hakikat ini dengan mata hati dan fikiran yang terbuka, maka adalah tidak mustahil kegemilangan bahasa Melayu boleh dikembalikan dengan semua pihak dari kalangan pemimpin politik dan juga kalangan profesional Kita tidak perlu diam atau menungu kita sebagai individu yang bergelar ketua keluarga juga perlu mula bertindak menjalankan kempen awal bermula dengan keluarga sahabat dan juga orang terdekat kita untuk memastikan bahasa dipertahankan kerana itu identiti bangsa dan negara kita.
– Dato’ Azwanddin Hamzah

-Nthqibord, 30 Mac 2021

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.