Sumber Pertemuan UMNO Bertemu PM di Putrajaya

0

Menteri Kabinet dari Umno hari ini menzahirkan rasa terkejut dengan serangan bertali arus presiden mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata sumber berhubung pertemuan ringkas mereka dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Nthqibord- difahamkan, pertemuan itu dihadiri hampir kesemua menteri dan timbalan menteri Umno di Putrajaya dengan kebanyakan daripada mereka mengakui tidak mempunyai “penjelasan yang logik” berhubung siri ucapan yang menyerang Bersatu dan PN.

“Mereka berkata, mereka sendiri tidak faham mengapa sasaran ucapan Perhimpunan Agung Umno kepada parti yang sama memberikan mereka jawatan dan kuasa ketika menjadi pembangkang,” kata sumber kepada Nthqibord beberapa jam selepas pertemuan tamat tanpa sebarang keputusan jelas.

Perhimpunan Agung Umno hujung minggu lalu menyaksikan pemimpin dan perwakilan parti menyerang Bersatu dalam menyokong presiden parti Ahmad Zahid Hamidi untuk memutuskan hubungan dengan PN.

Pemimpin tertinggi parti turut menggesa Umno menjadi dominan semula, mengatakan tidak mahu menjadi pemain kedua dalam mana-mana kerajaan.

Terdahulu, terdapat spekulasi tentang pertemuan hari ini, mengatakan menteri dan timbalan menteri dari Umno menawarkan peletakan jawatan mereka secara serta merta daripada Kabinet kepada Muhyiddin.Sumber bagaimanapun menafikan perkara itu dibincangkan.

“Satu-satunya perkara diberitahu kepada perdana menteri ialah apa yang mereka katakan sebagai punca utama kepada serangan itu.

Mereka mengatakan ia merupakan rancangan jahat kumpulan kluster mahkamah dalam kepimpinan Umno,” tambahnya.

Kluster mahkamah merujuk kepada sekumpulan bekas pemimpin kerajaan dari Umno yang berdepan dengan pelbagai pendakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah.-Nthqibord, 30 Mac 2021

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.