Hubungan Sarawak PN berdasarkan perlembangaan

0

Abang Johari berkata wujud media yang menggambarkan perkara itu bersifat politik dan bukannya Perlembagaan.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg menjelaskan bahawa keputusan yang akan dibuat mengenai hubungan kerajaan negeri dengan Perikatan Nasional (PN) adalah dalam konteks cadangan meminda Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara dalam persekutuan.

Bercakap kepada wartawan setelah menghadiri sebuah acara di Kuching, beliau berkata wujud media menggambarkan perkara itu bersifat politik dan bukannya perlembagaan.

“Saya hanya nak jelaskan tentang perkara itu,” katanya.

“Semalam ketika saya berada di Lubok Antu, saya berbicara mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang mana kerajaan persekutuan bersetuju untuk mengubah semula peruntukan di bawah Artikel 160.

“Kemudian, sebuah keputusan akan dibuat mengenai MA63.”

Usaha pindaan terhadap Artikel 160 dilakukan Sarawak bagi melihat perkataan “persekutuan” yang ditakrifkan merujuk kepada MA63 dan bukannya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 seperti yang berlaku ketika ini.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri akan memberikan sokongan penuh kepada kerajaan persekutuan jika keputusan untuk meminda definisi “persekutuan” dibuat.

“Ketika Pakatan Harapan (PH) mengusulkan agar peruntukan itu diubah, kami ingin ia ditafsirkan seperti ini, tetapi mereka tolak.”

Sarawak ditadbir oleh GPS, gabungan yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2018 oleh parti-parti Sarawak yang meninggalkan Barisan Nasional (BN).

Walaupun GPS bukan sebahagian daripada kerajaan PN, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengambil alih pentadbiran pada 2020 mendapat sokongan dari 18 ahli Parlimen gabungan politik itu.

Abang Johari, yang merupakan ketua GPS berkata bahawa pindaan yang dicadangkan itu tidak ada kaitan dengan gabungan itu.

“Apa yang kita bicarakan adalah hak dan autonomi Sarawak, dan ketika kita bercakap mengenai MA63, (Putrajaya) bersetuju.

“Saya katakan kepada mereka, persekutuan sekarang berdasarkan Perjanjian Malaya 1957. Kami mahu ia berdasarkan MA63. Hanya dengan melakukan ini hubungan antara kerajaan pusat dan negeri akan diselaraskan semula.” 

Beliau turut menambah bahawa Sarawak bertegas untuk mengubah peruntukan itu, dengan mengatakan bahawa usaha PH untuk mengganti Artikel 1 (2) untuk mengubah status Sabah dan Sarawak pada tahun 2019 disebabkan kegagalannya untuk menangani Perlembagaan.

“Kami ingin mengubahnya kerana (Perlembagaan Persekutuan) berdasarkan Perjanjian Tanah Melayu 1957. Sekiranya ada masalah undang-undang, hakim akan menafsirkannya seperti itu. ”

Ketua menteri Sarawak itu merujuk kegagalan PH pada 2019 mendapatkan majoriti dua pertiga yang diperlukan bagi meminda Artikel 1 (2) untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara dengan semenanjung.

PH telah memperoleh 138 dari 148 undi yang diperlukan, bagaimanapun ahli Parlimen dari GPS dan BN tidak mengundi.-Nthqibord, 31 Mac 2021

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.