DAP Selangor Ada Perpecahan ?

0

 

DAP Selangor mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Setiausaha Organisasinya, Bryan Lai Wai Chong berkuat kuasa serta-merta pada Khamis.

Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo berkata, susulan itu, Mesyuarat Jawatankuasa DAP Selangor yang bersidang pada Jumaat telah meluluskan permohonan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai itu.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan turut bersetuju bagj mengekalkan Wai Chong sebagai ahli biasa dan wakil rakyat DAP untuk DUN diwakilinya.

“Perkara ini juga akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin DAP Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Gobind berkata, Jawatankuasa DAP Selangor turut melantik ADUN Banting, Lau Weng San bagi memangku jawatan tersebut berkuat kuasa hari yang sama.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.