Bangga Dan Kagum Dengan Syarikat Tempatan – Datuk Sri Ismail Sabri

0

MILDEF memperlihatkan kereta perisai mobiliti tinggi HMAV 4X4 yang merupakan yang pertama direka oleh firma tempatan dan 100% syarikat bumiputara . Hari ini ia akhirnya mempunyai nama rasmi iaitu Tarantula dalam sebuah majlis yang dihadiri Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Nama labah-labah Tarantula dipilih kerana kenderaan mempunyai kemampuan ia beroperasi dalam pelbagai keadaan cuaca dan muka bumi. Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Ismail Sabri juga mengesahkan kerajaan masih belum mempunyai perancangan untuk membeli Tarantula untuk menjadi sebahagian aset tentera negara. Beberapa minggu yang lalu, Tarantula telahpun melepasi ujian fasa 1 yang dilakukan oleh ATM dengan jayanya.

Pihak MILDEF telah membelanjakan RM16 juta sejak empat tahun yang lalu untuk membangunkan kenderaan ini. Ia dilihat sebagai antara calon untuk menggantikan APC Condor yang sudah digunakan ATM untuk misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) di Lebanon.manakala beberapa negara luar seperti indonesia,thailand dan beberapa negera asia telah menujukan minat untuk membeli laba laba tarantula buatan malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.