UMNO Di Soal – Tuan Ibrahim Tuan Man

0

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengeluarkan kenyataan keras menyasarkan pemimpin Umno berhubung penolakan parti itu untuk bekerjasama dengan Bersatu bagi pilihan raya akan datang selepas Muafakat Nasional yang dimeterai bersama ketika menjadi pembangkang tidak dilihat dalam situasi ketika ini.

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan keyakinan yang ditunjukkan pemimpin Umno, dan menganggap parti tersebut sudah melupakan asas kerjasama dalam permuafakatan politik di antara kedua-dua parti.

“Apakah kita rasa cahaya di hujung terowong yang dilihat cerah, maka lampu ditangan perlu dibuang?

“Apakah bila hujan berhenti, maka payung perlu dicampakkan? Hebatkah kita kerana merasai kita kuat dengan ahli berjuta, lalu kita rasa dahulu sama dengan sekarang?

“Apakah dua parti lebih baik dari tiga kerana mendapat lebih banyak kerusi untuk bertanding, lalu kita berangan-angan akan pasti menang?” kata Tuan Ibrahim menujukan persoalan kepada pemimpin Umno.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.