Segerakan Pemilihan Parti UMNO – Menteri UMNO

0

khabarnya turut membincangkan pro dan kontra jika terus kekal bersama kerajaan PN walaupun PAU memutuskan bahawa mereka wajib meletakkan jawatan kabinet sebaik sahaja Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menetapkan tarikhnya nanti.

Hakikat ini benar apabila mereka membulatkan pendirian untuk terus berada dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagaimana yang diputuskan selepas bertemu dengan Perdana Menteri sehari selepas PAU.Namun begitu, keputusan paling penting dan besar hasil daripada pertemuan itu ialah pendirian kluster menteri UMNO ini untuk mendesak agar tarikh pemilihan pucuk pimpinan parti diadakan dengan segera.

UMNO telah menunda pemilihan pucuk pimpinan di semua peringkat yang sepatutnya berlangsung Jun depan kerana isu pandemik Covid-19.

Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang lalu berlangsung pada Jun 2018. Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Ahmad Zahid menang menumpaskan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tengku Razaleigh Hamzah.Usaha untuk mendesak supaya pemilihan pucuk pimpinan parti diadakan dengan segera amat ketara sekali apabila beberapa hari lalu, Khairy mengesyorkannya sebagai jalan keluar kepada kemelut dan krisis kepimpinan parti itu sekarang.

Dengan desakan itu, Khairy langsung kini dilihat sebagai ‘jurucakap’ awal kluster menteri UMNO.

Desakan tarikh pemilihan parti ditentukan segera kini dilihat sebagai permulaan ke arah usaha menukar presiden yang dibelenggu bebanan perbicaraan kes di mahkamah.

Buat masa ini, hanya Khairy dan Annuar sahaja dalam kalangan kluster menteri yang kelihatan vokal menyuarakan tentangan secara tidak langsung ke atas institusi presiden dengan desakan supaya pemilihan parti diadakan segera.

Bagaimanapun, jika dalam hari-hari mendatang ini lain-lain menteri UMNO mula mendendangkan nada serupa ia memberi petanda satu gerakan untuk mengubah pucuk pimpinan parti telah bermula.

Bagaimanapun sepertimana yang dilaporkan Sinar Harian beberapa hari lalu, usaha untuk menyingkirkan Ahmad Zahid bukanlah satu usaha yang mudah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.